Monday, January 11, 2010

http://www.youtube.com/watch?v=Row45JVFKsA

ni la lirik lagu favrite aku


Aiman-Cinta Terakhir

Kau Cinta pertamaku

Engkau cinta terakhirku

Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku

Satu antara seribu

Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ditentukan Tuhan...


Lagu/lirik: Hafiz Hamidun

Sunday, January 3, 2010

kisah aku y baru belajar


haloooooooo... ini sedikit sebanyak ttag aku... hehe aku agak ketinggalan ;D cz ini blog 1st.. dulu agk berdiam diri cz sebok gan stdy... noW dah mengangor ni baru la nk teroka "alam maya" ni..keh keh keh......so kalu y lama tolong la ajar2kan bak kata orang "buah cempedak d luar pagar, ambik galah tolong tunjukkan,saya budak baru belajar,kalu salah tolong tunjukkan" tq q q q......

ok nk kenal lebih mendalam, mari teroka! pada tanggal 11mei 92 lahir la seorang kanak2 y cute* teren teng teng... dush dush perasan lak... huh dilahirkan pada isnin



#good looking and attractive.
#dedicated n hardworking
#Diplomatic.
#Brainy and clever
#Dynamic and active
#faithfully friend n lover
#Suave and stylish.
#Active and visionary thinker.
ini lah character aku sedikit sebanyak....tapi ada gak yg xtercatat..
hmmmmm...saya agak sombong!ceh kutok diri sendiri... huhu..

apa lagi yer tentang aku ya?

ok nih story aku masa tadika dulu... aku nih baik gak..ting! puji sendiri

he2 buktinya aku budak bek masa tadika sebab selalu kena pelosak bawah meja cikgu dengan 3 lagi kawan perempuan,cz dilindungi dari student2 laki2 y teramat nakal aku lak dulu agak manja n selau kena usik lebih dasyatnya selalu nagis,hu2....
masa adik laki aku masuk 4 thun aku tukar tadika abim namun x kekal lama cz kat sana aku lagila teruk.. nak dipendekkan cerita kalu adik aku ngis nak something, aku pon akan turuk serta nagus,cis teruk betoi, n kat abim aku xtahan lama cikgu2 pon garang so tukar ke tadika kemas lama... tcher tdika kemas 2 is my beloved so i cn't forget her..



nt aku sambung lagi story aku yeah
saya kembali mf le xdapat tamatkan story ni secepat mungkin cz bz ckit wahh lama gak ye aku stop hmm k ni cerita time scnd school xbanyak y nk dikongsikan cz banyak perkara yang dah aku lupa kan lagi pon masa kecik dulu tau men ja x ingat nk berlajar langsung huhu masuk sek mengah hm macam2 benda baru aku dapat belajar...
Now aku baru stle spm so stil ngangor sekarang, xbanyak yang dapat aku crta time sek menegah sb malas nk peqabis nt la sempat sabung semula k c u all later

Friday, January 1, 2010

selamat bermuhasabah

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.



Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.



Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.



Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya;D