Saturday, June 4, 2011
PETANDA DIA ADALAH JODOH KAMU
So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!!
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?
Saturday, March 19, 2011
Andai la LELAKI tahu

apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..

Friday, March 18, 2011
lelaki acuan al-quran
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian
Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu
membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi
hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"Laailahaillallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan
kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya
Thursday, March 17, 2011
Doa untuk Kekasih
'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin.
Thursday, February 3, 2011

assalamualaikum sume....
pagi yap, alhmdlh msih bernafas aku ary ni.... hari demi hari aku lalui, dugaan rintangan n halangan aku tbahkn hti tok mnenpuhnya,alhmdlah allah masih bersamuku mberi kekuatan nya... berita y aku terima pd 3/2 mbuatkan aku tergamam apakah ini ujian drmu illahi... jika ianya ujian untuk kau hapuskan dosa2 ku aku redha tp kuatkan lah aku ya allah... aku amat memerlukan kesabaran dari mu... aku hrap suma ni bukan penghalang untuk aku mencapai kejayaan, insylah... buat teman2 yg selalu bersama... y selalu smile kan aku, thanks alot..tkh syg kamo suma :)
Wednesday, February 2, 2011
Solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar
Usai mengerjakan solat Asar petang itu, saya termenung sendirian. Rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam diri saya. Fikiran saya melayang-layang jauh entah ke mana. Tergiang-ngiang di telinga saya patah-patah kata yang terbit dari mulut Ustaz Syukri ketika menghadiri kuliah Maghrib di surau.
“Solat itu, mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Orang yang bersolat sebenarnya dapat mendidik dirinya daripada melakukan maksiat. Seandainya kita masih lagi melakukan maksiat, walaupun sudah bersolat, check balik solat kita, adalah yang tak kena tang mana...”
Bila fikir-fikir balik, saya membuat tafsiran sendiri. Benarkah solat yang kita lakukan ini sudah bertepatan dengan apa yang disyariatkan? Dari sudut rukun-rukunnya, sunat-sunatnya dan wajibnya sudah sempurna. Tetapi di sana ada nilai rohani perlu diterap supaya roh solat bukan hanya pada rukun fi’li sahaja. Setelah dikaji dari pelbagai sudut, saya membuat andaian; seseorang yang bersolat perlu ada padanya beberapa perkara ini.
Pertamanya menunaikan solat dengan sifat kehambaan. Bukan mudah nak dapatkan sifat kehambaan ini. Bukan calang-calang orang yang boleh merasainya. Hatta orang yang sudah banyak beribadah pun belum tentu memperolehinya. Tetapi kita sendiri boleh semak, sudahkah tersemai dalam diri sifat kehambaan. Orang yang memiliki sifat ini akan berasa malu, takut, cinta dan lemah diri terhadap Allah. Pupuklah solat untuk melahirkan kehambaan dan keabdian dengan merasakan empunya diri ini hanyalah hak mutlak Allah. Bila-bila sahaja boleh diambil semula.
Antara bukti kita sudah memiliki sifat kehambaan adalah; Apabila kita sentiasa merasai diri diawasi tuhan di mana sahaja, bila-bila masa dan dalam apa keadaan sekalipun. Kita rasa berdosa setiap masa dan kita menderita dengan dosa itu. Terbit rasa syukur dengan segala nikmat Allah, dan timbul pula dalam diri rasa kurang beramal. Seterusnya rasa hina diri dengan Tuhan. Itulah tanda kita sudah menghambakan sepenuhnya diri kepada Allah.
Keduanya, mesti letakkan dalam diri bahawa solat yang kita tunaikan itu bukan untuk kita, tetapi untuk Allah. Umpama seorang rakyat yang ingin mempersembahkan sesuatu kepada rajanya. Sudah tentulah barang-barang yang dibawanya yang baik. Buah-buahan yang elok, pakaian yang cantik dan sebagainya. Barulah diterima oleh raja itu. Begitu jualah Allah yang mewajibkan solat itu, malah lebih-lebih lagi. Jika solat yang dilakukan hanya ala kadar atau cincai-cincai, bukan setakat hendak terima, nak tengok pun dah tak lalu.
Sewajarnya natijah solat itu akan menimbulkan suatu ketaatan kepada Yang Mencipta. Bahkan, sifat ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Ketaatan yang ‘taat’ ataupun ‘taat di dalam taat’ bukannya derhaka dalam ibadah. Barulah dinamakan solat yang ‘kamil’ atau sempurna. Solat yang lahir dan batin, serta roh dan jiwa solat itu meresapi segenap hati dan jiwa seseorang. Dengan itu segala tidak-tanduk dan perilaku diterjemahkan dengan sifat solat yang disebutkan tadi. Inilah yang dinamakan solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
Insya Allah jika sifat-sifat di atas disemai dan dibajai di dalam jiwa, tidak akan tertolaklah solat kita bahkan ibadah-ibadah yang lain. Janganlah kita jadi manusia yang Allah melemparkan semula ibadah yang dilakukan ke atas muka kita sendiri dengan sebab murah, buruk dan cincainya ibadah kita.

Monday, January 31, 2011
sume teman ni untok kamo
sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang
cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus
mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp
nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan
kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape
dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk
tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade
sekejap takde....... kata saya, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun
dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan...
tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp
kawan saya... itu cara saya berkawan..!!
22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
tatapan buat teman2 wanita
_BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
AURAT WANITA ISLAM
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikurniakan kepada hamba-Nya." ( Al-A'raaf: 31 )
Dari ayat ini dapatlah difahami bahawa Allah S.W.T. menyuruh manusia memakai pakaian yang indah-indah dan jangan mengharamkan mereka dari memakai pakaian tersebut. Allah S.W.T. juga telah berfirman yang bermaksud :
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita mukminat agar mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang telah zahir pada dirinya dan hendaklah mereka menutup dengan tudung mereka ke atas dada mereka dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, bapa-bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, anak-anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki bagi saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba sahaya yang mereka miliki, lelaki yang mengikut mereka yang sudah tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan ) atau kanak-kanak kecil yang belum mengetahui mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." ( An-Nur: 31 )
Di dalam ayat ini, jelaslah bahawa Allah S.W.T. menyuruh kaum wanita supaya memakai pakaian yang menutup aurat. Suruhan Berpakaian Menutup Aurat Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Hendaklah kamu makan, minum, berpakaian dan bersedekah dengan tidak melampau-lampau dan tidak sombong." ( Riwayat al-Bukhari )
Hadis ini jelas menyuruh orang-orang mukmin supaya memakai pakaian sama ada di luar atau di dalam sembahyang
Tidak Jarang Dan Tidak Ketat Pakaian yang jarang akan menampakkan aurat seseorang. Demikianlah juga pakaian yang ketat akan menampakkan bentuk anggota badan yang wajib ditutup. Akibatnya matlamat untuk menutup aurat tidak akan tercapai. Larangan berpakaian dengan pakaian yang sedemikian dapat kita fahami menerusi sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud q:
" Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihatnya iaitu satu golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuh badannya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian-sekian." ( Riwayat Muslim )
AURAT DAN PAKAIAN DALAM ISLAM
Aurat dan pakaian merupakan aspek yang penting dan amat ditekankan ke atas umat Islam baik lelaki atau wanita. Namun begitu disebabkan keistimewaan dan kelebihan kejadian wanita itu menjadikan mereka lebih diutamakan dalam soal pemakaian. Wanita yang difitrahkan kejadiannya itu, dari sudut pembinaan tubuh badan yang mempunyai susun galur tulang temulang yang pelik dan menarik sesuai fungsinya melahirkan anak, pembentukan tubuh, iras wajah, gerak laku yang boleh dikatakan hampir keseluruhannya kejadian wanita itu adalah menarik dan boleh menyebabkan orang tertarik kepadanya terutamanya lelaki.
Sudah difitrahkan lelaki menyukai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Namun kuasa penarikan itu lebih banyak datang daripada wanita berbanding dari lelaki. Bagi menjamin fitrah ini sentiasa terpelihara dari unsur-unsur maksiat, maka aspek pencegahan sangat ditekan dalam Islam iaitu dari segi pakaian. Pakaianlah yang melindungi pandangan lelaki dari melihat tubuh wanita dan sebaliknya. Antara objektifnya adalah untuk menjaga nafsu syahwat manusia dari bermaharalela.
Menyedari hakikat ini, maka pihak kufartelah menyusun strategi untuk menyelewengkan apa yang telah disyariatkan dengan menghapuskan kekuatan Islam. Maka mestilah dihapuskan dahulu hijab dari muka wanita islam, ditutup Al-Quran dengan membawa masuk bahan yang memabukkan, dadah dan benda-benda mungkar kedalam negara Islam. Seperti mana yang ditunjukkan oleh dua orang wanita Mesir iaitu Huda Sya'rawi dan Niza Nibrawi yang telah dijemput untuk menghadiri satu muktamar wanita sedunia pada tahun 1923 dan seterusnya mereka kembali dengan mencabut jubah dan hijab sambil melaung lalu memijak mijak pakaiannya. Mereka ini adalah wanita pertama Mesir yang mendedahkan tubuh mereka di khalayak ramai.
Jika kita lihat kepada cara pemakaian wanita dewasa ini, konsep pakaian wanita Islam telah jauh berbeza dengan cara pemakaian wanita Islam yang sebenarnya. Mereka ini tidak menjadikan pakaian itu sebagai alat perlindungan dan keselamatan tetapi lebih berkonsepkan kepada perhiasan dan seksual. Dengan ini, menjadikan mereka lebih megah dan mendapat perhatian ramai. Amat menyedihkan hari ini, pereka-pereka fesyen ramai dari golongan lelaki, jadi tidak hairanlah jika wanita hari ini memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh lelaki.
Kesimpulannya, kesan mudharat yang diterima oleh umat Islam adalah besar khususnya dalam akhlak, kes rogol dan sebagainya. Maka, hilanglah kini identiti dan simbol umat Islam dari wanita itu. Justeru, sebagai wanita Islam yang mempunyai maruah diri yang sempurna , kita perlu peka dengan segala tektik dan serangan dari pihak kristian yang ingin menghancurkan Islam melalui seorang yang bernama wanita.
