_BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
AURAT WANITA ISLAM
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikurniakan kepada hamba-Nya." ( Al-A'raaf: 31 )
Dari ayat ini dapatlah difahami bahawa Allah S.W.T. menyuruh manusia memakai pakaian yang indah-indah dan jangan mengharamkan mereka dari memakai pakaian tersebut. Allah S.W.T. juga telah berfirman yang bermaksud :
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita mukminat agar mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang telah zahir pada dirinya dan hendaklah mereka menutup dengan tudung mereka ke atas dada mereka dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, bapa-bapa mereka, bapa suami mereka, anak-anak mereka, anak-anak suami mereka, anak-anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki bagi saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba sahaya yang mereka miliki, lelaki yang mengikut mereka yang sudah tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan ) atau kanak-kanak kecil yang belum mengetahui mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." ( An-Nur: 31 )
Di dalam ayat ini, jelaslah bahawa Allah S.W.T. menyuruh kaum wanita supaya memakai pakaian yang menutup aurat. Suruhan Berpakaian Menutup Aurat Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Hendaklah kamu makan, minum, berpakaian dan bersedekah dengan tidak melampau-lampau dan tidak sombong." ( Riwayat al-Bukhari )
Hadis ini jelas menyuruh orang-orang mukmin supaya memakai pakaian sama ada di luar atau di dalam sembahyang
Tidak Jarang Dan Tidak Ketat Pakaian yang jarang akan menampakkan aurat seseorang. Demikianlah juga pakaian yang ketat akan menampakkan bentuk anggota badan yang wajib ditutup. Akibatnya matlamat untuk menutup aurat tidak akan tercapai. Larangan berpakaian dengan pakaian yang sedemikian dapat kita fahami menerusi sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud q:
" Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihatnya iaitu satu golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuh badannya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian-sekian." ( Riwayat Muslim )
AURAT DAN PAKAIAN DALAM ISLAM
Aurat dan pakaian merupakan aspek yang penting dan amat ditekankan ke atas umat Islam baik lelaki atau wanita. Namun begitu disebabkan keistimewaan dan kelebihan kejadian wanita itu menjadikan mereka lebih diutamakan dalam soal pemakaian. Wanita yang difitrahkan kejadiannya itu, dari sudut pembinaan tubuh badan yang mempunyai susun galur tulang temulang yang pelik dan menarik sesuai fungsinya melahirkan anak, pembentukan tubuh, iras wajah, gerak laku yang boleh dikatakan hampir keseluruhannya kejadian wanita itu adalah menarik dan boleh menyebabkan orang tertarik kepadanya terutamanya lelaki.
Sudah difitrahkan lelaki menyukai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Namun kuasa penarikan itu lebih banyak datang daripada wanita berbanding dari lelaki. Bagi menjamin fitrah ini sentiasa terpelihara dari unsur-unsur maksiat, maka aspek pencegahan sangat ditekan dalam Islam iaitu dari segi pakaian. Pakaianlah yang melindungi pandangan lelaki dari melihat tubuh wanita dan sebaliknya. Antara objektifnya adalah untuk menjaga nafsu syahwat manusia dari bermaharalela.
Menyedari hakikat ini, maka pihak kufartelah menyusun strategi untuk menyelewengkan apa yang telah disyariatkan dengan menghapuskan kekuatan Islam. Maka mestilah dihapuskan dahulu hijab dari muka wanita islam, ditutup Al-Quran dengan membawa masuk bahan yang memabukkan, dadah dan benda-benda mungkar kedalam negara Islam. Seperti mana yang ditunjukkan oleh dua orang wanita Mesir iaitu Huda Sya'rawi dan Niza Nibrawi yang telah dijemput untuk menghadiri satu muktamar wanita sedunia pada tahun 1923 dan seterusnya mereka kembali dengan mencabut jubah dan hijab sambil melaung lalu memijak mijak pakaiannya. Mereka ini adalah wanita pertama Mesir yang mendedahkan tubuh mereka di khalayak ramai.
Jika kita lihat kepada cara pemakaian wanita dewasa ini, konsep pakaian wanita Islam telah jauh berbeza dengan cara pemakaian wanita Islam yang sebenarnya. Mereka ini tidak menjadikan pakaian itu sebagai alat perlindungan dan keselamatan tetapi lebih berkonsepkan kepada perhiasan dan seksual. Dengan ini, menjadikan mereka lebih megah dan mendapat perhatian ramai. Amat menyedihkan hari ini, pereka-pereka fesyen ramai dari golongan lelaki, jadi tidak hairanlah jika wanita hari ini memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh lelaki.
Kesimpulannya, kesan mudharat yang diterima oleh umat Islam adalah besar khususnya dalam akhlak, kes rogol dan sebagainya. Maka, hilanglah kini identiti dan simbol umat Islam dari wanita itu. Justeru, sebagai wanita Islam yang mempunyai maruah diri yang sempurna , kita perlu peka dengan segala tektik dan serangan dari pihak kristian yang ingin menghancurkan Islam melalui seorang yang bernama wanita.

No comments:
Post a Comment